KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pembatalan permit institut memandu (IM) dan menarik balik lesen tenaga pengajar disebabkan rekod kemalangan pemegang lesen dari sesuatu IM itu bukan dasar atau polisi Kementerian Pengangkutan (MOT).
Justeru, Wee menerusi catatan di akaun Facebooknya menjelaskan, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim mengenai perkara itu adalah pandangan peribadi ketua pengarah berkenaan.
"Dimaklumkan juga bahawa sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan penambahbaikan sudah tentunya akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh MOT dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanannya, kebolehlaksanaannya dan keupayaannya untuk mencapai objektif yang ditetapkan," katanya.
Sebelum ini Zailani dilaporkan berkata, JPJ akan bertindak membatalkan permit IM dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang lesen (dikeluarkan oleh sesebuah IM) yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Beliau berkata semua pihak berkepentingan akan dilibatkan dalam sesi libat urus bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi kajian terperinci yang dilaksanakan kementerian itu.
Sementara itu, Wee berkata MOT bersama agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara.
Beliau berkata kementeriannya serius dan komited dalam memastikan jalan raya di seluruh negara kekal selamat digunakan oleh semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Wee Ka Siong menjelaskan, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim mengenai perkara itu adalah pandangan peribadi ketua pengarah berkenaan. - Bernama
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.
Batal permit institut memandu kerana rekod kemalangan bukan polisi - Wee Ka Siong
Kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim mengenai perkara itu adalah pandangan peribadi ketua pengarah berkenaan.
Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan - JPJ
Antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.
PKP: Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi
Kerajaan bersetuju membenarkan institut memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bermula 12 Februari 2021.
Elemen merit diperkenalkan dalam penilaian institut memandu siri 3
Elemen merit akan diperkenalkan sebagai elemen tambahan baharu dalam penilaian penggredan institut memandu siri 3.
Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke
Kaedah sedia ada memerlukan seorang anggota JPJ berada di sebelah pelajar, namun menerusi e-testing proses tersebut akan dilakukan secara atas talian.
Pengusaha institut memandu diberi amaran tidak terlibat rasuah - Loke
Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada pengusaha institut memandu agar tidak terlibat dalam kegiatan meminta wang untuk meluluskan Lesen PSV.
Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.